Botol Coke ini berada dalam pasaran Malaya sekitar tahun 40an dulu. Uniknya botol ini adalah warnanya yang hijau kebiruan, suatu ciri-ciri khusus pada botol SG40 hijau ini. Terdapat sedikit sopek pada mulut botol ini walaubagaimanapun kondisi keseluruhan botol ini masih memuaskan.
Botol F&N era 30an-40an. Berkaca hujau muda. Posisi Singa dalam keadaan berdiri. Namun ada kecacatan di bahagian tapak botol ini. Kondisi keseluruhan masih memuaskan.
Botol Coke embossed keluaran tahun 1952 ini berkaca hijau dan bercetak 'Trade Mark' sahaja. Model yang jarang-jarang kita dapat lihat di pasaran. Namun ada sedikit sopek di mulut botol ini. Kondisi keseluruhan masih memuaskan.