Peti kayu untuk mengisi dua dozen botol Coca-Cola dari era 70an. Kondisi badan dan tulisan logo Coca-Cola pada peti ini masih memuaskan tetapi bahagian bawah iaitu tapak peti kayu ini telah reput.
Botol gemuk Coca-Cola ini adalah dari era 70an berdasarkan reben(Ribbon) yang terletak jauh kebawah dari logo tulisan Coca-Cola. Terdapat satu kesan retak dan beberapa koyakan pada label botol ini tetapi ianya tetap kelihatan menarik.
Botol F&N berkapasiti 200ml dengan cetakan tulisan kaca timbul(Embossed) era 30an-40an ini masih dalam kondisi yang memuaskan. Dengan logo singa dalam keadaan tegak botol ini lebih unik kerana ianya bukan buatan W. M Barnard & Sons Ltd London seperti lazimnya tetapi ianya buatan dari Singapura berdasarkan cetakan timbul di tapak botol ini iaitu 'SG'.
Botol berkaca biru dan mempunyai ketinggian hampir dua kaki ini di percayai dari era penjajahan Jepun di negara kita pada tahun 40an dulu. Tidak dapat dipastikan apakah bahan yang diisi didalam botol ini, berkemungkinan arak Jepun atau kicap soya.
Senapang kayu untuk hiasan. Hampir empat kaki panjang, senapang kayu ini amat sesuai jika dilekatkan pada dinding rumah untuk dijadikan hiasan atau juga dijadikan 'props' untuk lakonan pementasan dan juga drama tv.
Botol kaca Coca-Cola dari Thailand berkapasiti satu liter ini dikeluarkan dalam era tahun 90an. Masih belum dibuka dan kondisi botol bertudung besi ini masih memuaskan.
Bekas kukusan yang diperbuat dari tembaga ini adalah dari era 50an. Jika dahulu bekas ini digunakan untuk mengukus nasi, roti dan bermacam jenis kuih. Kondisi masih memuaskan.
Kukur kelapa dengan ukiran berbentuk buaya. Tidak dapat dipastikan jenis kayu atau asal-usul kukur ini namun jika dilihat pada kayunya, kukuran ini agak lama usianya.
Projektor yang menggunakan filem 16 inci ini adalah dari jenama Siemens, buatan Jerman dalam tahun 1958-1960. Didatangkan dengan kotak keras(Hard Case) kondisi badan projektor ini masih memuaskan tetapi tidak dapat dipastikan samada ianya masih berfungsi atau tidak.